Isnin, 30 Mac 2009

salam perkenalan

assalammualaikum...dan salam perkenalan kpd yg sudi singgah ke TAMAN IXORAUS2. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog sy. Sebenarnya teringin nak menulis cerita...tp takut tak jadi. Buat masa ni hanya terlintas nak karang puisi. Walaupun tak sehebat karyawan2 kita...sy hanya ingin mencuba. Harap ada yang sudi memberi pendapat,sokongan,kritikan dan ape2 je..untuk sy memperbaiki dan memajukan diri.



**********************************************

BONDA...
kasihmu selembut bayu berhembus
keikhlasan dan ketulusan terlayar diwajahmu
tanpa mengenal lelah..
kasih kau curahkan
untuk kami...permata hatimu.

BONDA...
kaulah maharani dan dewi hatiku
penyeri dalam kehidupan
tanpamu bonda...
hidup berteman sepi
hati dilanda kegersangan
kasih sayangmu..

BONDA..
budimu tak terhitung dek jari
dan jasamu tak terbalas..
kerna...
kau insan terISTIMEWA
ratu sanubariku.

bonda
kasihmu tiada tandingan
tika suka dan duka
kau sentiasa disisi
pendorong dan pencetus semangat
dalam mengharungi kehidupan

Khamis, 12 Mac 2009

LAUTAN...BERGELORA.

rindu yang bertandang tak terhenti...
seperti ombak dan pantai
sentiasa setia beriringan
walau ombak memukul pantai
dan pasir kian terhakis
namun kasih tetap utuh
mengharungi badai asmara.

kasih dan sayang sering dinanti
walaupun lautan jiwa nampak tenang
hakikatnya...bergelora
tersimpan pelbagai rahsia
yang tak tersingkap dan ketahui
melalui pandangan mata.

yang pasti...
cinta dipenuhi racun berbisa
boleh menjadi penawar di kala bahagia
dan racun pembunuh jiwa dikala kerinduan
cinta sesama manusia tidak berkekalan
kerna datang dan pergi silih berganti
tetapi cintakan ILAHI kekal abadi

bersyukurlah..jika bahagia bertandang
dan jangan ratapi rasa kecewa
tetapi...redhalah dengan ketentuan ILAHI
kerna disebalik rasa itu
terselit sejuta nikmat dan kemanisan
dalam menongkah arus kehidupan

santai..