Isnin, 30 November 2009

luahan rasa hati....

di awal tahun 2007, keluargaku digemparkan dengan satu berita sedih. adik bongsuku disahkan menghidapi lukiemia diperingkat ke dua. walaupun sukar..terpaksa jua menerima musibah yang melanda keluargaku. Mak dan ayah lagi terkilan..mengenangkan kesakitan yang adik tanggung. patutla..dia sering deman dan selesema.dia juga pernah pengsan beberapa kali di sekolah...Ingatkan dia cuma letih sebab aktiviti dan jarak untuk pergi dan balik kesekolah.Tapi tak sangka..lain yang terjadi.

pada 24/4/2007 adik mula menjalani rawatan kimoterapi. berat badannya makin menurun..dan kaki dan tangannya penuh dengan bekas suntikkan jarum. kadangkala badannya dipenuhi kesan lebam.sayu hatiku melihatnya..namun apa dayaku, tak mampu menolong. Aku hanya insan biasa..cuma mampu berdoa dan berharap yang penyakitnya akan sembuh.sepanjang tempoh kimoterapi..adik mula berubah. percakapan dan tingkahlakunya adakala menguris hati kami sekeluarga..mungkin sebab penderitaan yang dihadapinya. mak dan ayahlah orang yang paling terasa..tapi kami sekeluarga cuba bersabar dengan kerenah dan beri semangat padanya. kami hanya ingin dia tahu,walauapapun terjadi..kami sekeluarga tetap disisi dan menyayanginya.

Sering kali kita dengar..penyakit ini sukar untuk disembuhkan. tapi kami tetap berharap...keajaiban akan berlaku dan dia akan semboh. sepanjang tempoh kimoterapi adik selalu muntah, hilang selera makan dan mulutnya jua sering terjadi ulser. Rambutnya juga mulai gugur hingga botak. ini semua kesan daripada ubat kimo. Selain itu,emosinya jua turut terganggu..kerana dia mudah marah dan rimas bila ahli keluarga serta sanak saudara datang melawatnya. semuanya berubah..namun kami faham dengan situasinya.

Lebih kurang 2 tahun lebih menjalani rawatan kimoterapi..penyakitnya beransur baik. walaupun bukan sepenuhnya..namun bagi kami sekeluarga, itu salah satu pertanda yg cukup baik. adik pun dah bertambah sihat..cuma pergerakkannya terbatas. adik pun kelihatan ceria mengetahui berita tersebut.Alhamdulillah,syukur kehadrat ilahi..kini adik cuma perlu buat rawatan susulan 2 minggu sekali dan kadangkala seminggu sekali.

panas yang disangka sampai ke petang..rupanya hanya seketika. awan mendung tetap menyelubungi kami sekeluarga. selepas raya aidilfitri tahun 2009..sekali lagi, kami dikejutkan dengan penyakit adik. Lukiemianya mula merebak ke tulang..dan perlu membuat pemindahan sumsum tulang. cuma bukan dalam keadaan sekarang sebab kesihatanya kurang memuaskan. kami adik beradik telah bersetuju untuk mendermakan sumsum tulang utk adik sekiranya bersesuai dengannya..dan kami perlu menjalani ujian pada 6/11/09 untuk mengetahui keputusannya.

malang sekali,belum sempat ujian dilakukan..adik dimasukkan ke hospital pada 31/10/2009 kerana kesihatannya kurang memuaskan. setelah diperiksa..tekanan darahnya rendah dan darah merah & putih perlu dimasukkan. 1/11/2009 adik dipindahkan ke wad ICU kerana sesak nafas. selepas melakukan xray dan scan didapati ada jangkitan kuman pada paru-paru dan jantungnya bengkak. kerisauan kami sedikit terubat bila dia dipindahkan semula ke wad p6..itu pun selepas seminggu di icu.

kesihatan adik beransur baik sehinggalah pada jumaat 13/11/2009 hidung adik berdarah. ini mungkin disebabkan oleh peklet rendah. sabtu 14/11/2009 adik sekali lagi mengalami pendarahan pada hidung. aku penik melihat keadaannya..hanya pada ayah aku mengadu tentang batuk dan hidung adik berdarah. Tanpa aku sedari..hari itu merupakan hari terakhir aku bercakap dengannya dan terakhir aku tidur disisinya.rasa menyesal kerana memarahinya pada malam jumaat tersebut.

ahad 15/11/2009 pada pukul 10 adik dipindahkan semula ke wad icu kerana tidak sedarkan diri. apa yang aku ketahui..malam minggu tersebut dia tak dapat tidur. nasib baik mak & ayah menemaninya sepanjang malam tersebut. jika tidak..bertambah kesal aku kerana ingin bawa mak pulang ke rumah. entahlah..kenapa aku terasa marah melihat perangai mengada-gada adik malam minggu tersebut. kini baru aku mengerti..mungkin dia ingin bersama mak dan ayah sebelum menghembuskan nafas.

petang ahad tersebut kami enam beradik disini melawat adik di hospital. keadaan adik makin kronik. denyutan nadinya makin lemah dan sistem penafannya mula dibantu oleh mesin. sayu hatiku saat terpandang wayar-wayar yang memenuhi badannya. aku hanya mampu membaca surah yassin. walaupun dalam hati..tak sanggup melihat keadaan sedemikian. apapun aku perlu tabah..kerna mak & ayah mungkin lebih terasa.namun ketabahan aku goyah..bila adik menghembuskan nafas terakhir diawal pagi 16/11/2009. pertama kali dalam hidupku melihat linangan air mata ayah...walaupun cuba disembunyikan daripada kami adik beradik. sayu dan pilu hatiku..melihatnya. aku hanya boleh berdoa moga roh adik dicucuri rahmat dari yang esa dan ditempatkan bersama-sama orang beriman. ku jua pohon dari yang esa..mudah-mudahan kami sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ini. Amim...


p/s//: jika anda mempunyai keluarga..tak kira keluarga angkat, mentua atau sebagainya. jagalah mereka dengan baik..senangkanlah hati mereka kerana tiada apa yang lebih penting selain kasih sayang. Dan sayangilah orang disekelilingi anda..nescaya anda akan terasa nikmatnya."walaupun kucuba hapus musim duka dan hiasinya dengan pelangi kebahagiaan...namun aku tak terdaya..kerna ia tetap hadir dalam kehidupan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

santai..