Rabu, 23 Disember 2009

tamu hati

jalinan kasih ini..
kian menjerat tangkai hati
biarpun berkali-kali
kucuba hindarkan diri

namun..bayanganmu
ada dimana-mana..
sering datang bertamu dikalbu
biarpun hanya seketika..

duhai..hati!!!!
usah dikelirukan jiwa
jika lara bertamu dihati..
akhirnya..diri yang terluka
kerna hati..sukar dimengerti
tika kasih menjelma..

Selasa, 15 Disember 2009

RINDU..

RINDU...KIAN MENCEKAM JIWAKU
TAK TERHITUNG DEK JARI...
KERINDUANKU TERHADAPMU
BIARPUN KAU TIADA DISISI

KURINDU..PADA SENYUMANMU
KURINDU..PADA WAJAHMU
KURINDU..PADA SENDA GURAUMU
KURINDU..PADA MASAKKANMU
DAN KURINDUI..SEGALA-GALANYA TENTANGMU.

KINI TIADA LAGI
YANG TINGGAL HANYA KENANGAN
BERSEMADI DI DALAM HATI
BIARPUN BAYANGANMU JELAS DIINGATAN..

KAU AMAT KURINDUI..
PEMERGIANMU KIAN TERASA
WALAU HATI BERLAGU SENDU
NAMUN KUPASRAH..KETENTUAN ILLAHI
KERNA IA YANG LEBIH BERKUASA
BIARPUN RINDU MENGUSIK KALBU..

Jumaat, 4 Disember 2009

HIKMAH..

dalam mengharungi luku-liku kehidupan
kadangkala kita lupa dan alpa
detik-detik waktu yang berlalu
jadi memori dalam ingatan...
walaupun kenangan itu menguris jiwa
namun ia takkan luput ditelan waktu.

menutur kata memang mudah
tapi untuk melaksanakannya sukar..
begitulah jua dengan kasih
harum mewangi ketika mekar
jiwa parah menahan pedih
bila kasih kian pudar..

ada ketika...
hatiku merintih
dan takdir sering dipersalahkan
hingga satu ketika...
aku pasrah
dengan mainan kehidupan.

kusedar..setiap kemahuan dan keinginan
takkan berakhir seperti yang diimpikan
kadangkala..kita terpaksa membuat pilihan
demi kebaikan..
walau hati tak merelakan,
mungkin ada hikmah..disebalik kejadian.

Isnin, 30 November 2009

luahan rasa hati....

di awal tahun 2007, keluargaku digemparkan dengan satu berita sedih. adik bongsuku disahkan menghidapi lukiemia diperingkat ke dua. walaupun sukar..terpaksa jua menerima musibah yang melanda keluargaku. Mak dan ayah lagi terkilan..mengenangkan kesakitan yang adik tanggung. patutla..dia sering deman dan selesema.dia juga pernah pengsan beberapa kali di sekolah...Ingatkan dia cuma letih sebab aktiviti dan jarak untuk pergi dan balik kesekolah.Tapi tak sangka..lain yang terjadi.

pada 24/4/2007 adik mula menjalani rawatan kimoterapi. berat badannya makin menurun..dan kaki dan tangannya penuh dengan bekas suntikkan jarum. kadangkala badannya dipenuhi kesan lebam.sayu hatiku melihatnya..namun apa dayaku, tak mampu menolong. Aku hanya insan biasa..cuma mampu berdoa dan berharap yang penyakitnya akan sembuh.sepanjang tempoh kimoterapi..adik mula berubah. percakapan dan tingkahlakunya adakala menguris hati kami sekeluarga..mungkin sebab penderitaan yang dihadapinya. mak dan ayahlah orang yang paling terasa..tapi kami sekeluarga cuba bersabar dengan kerenah dan beri semangat padanya. kami hanya ingin dia tahu,walauapapun terjadi..kami sekeluarga tetap disisi dan menyayanginya.

Sering kali kita dengar..penyakit ini sukar untuk disembuhkan. tapi kami tetap berharap...keajaiban akan berlaku dan dia akan semboh. sepanjang tempoh kimoterapi adik selalu muntah, hilang selera makan dan mulutnya jua sering terjadi ulser. Rambutnya juga mulai gugur hingga botak. ini semua kesan daripada ubat kimo. Selain itu,emosinya jua turut terganggu..kerana dia mudah marah dan rimas bila ahli keluarga serta sanak saudara datang melawatnya. semuanya berubah..namun kami faham dengan situasinya.

Lebih kurang 2 tahun lebih menjalani rawatan kimoterapi..penyakitnya beransur baik. walaupun bukan sepenuhnya..namun bagi kami sekeluarga, itu salah satu pertanda yg cukup baik. adik pun dah bertambah sihat..cuma pergerakkannya terbatas. adik pun kelihatan ceria mengetahui berita tersebut.Alhamdulillah,syukur kehadrat ilahi..kini adik cuma perlu buat rawatan susulan 2 minggu sekali dan kadangkala seminggu sekali.

panas yang disangka sampai ke petang..rupanya hanya seketika. awan mendung tetap menyelubungi kami sekeluarga. selepas raya aidilfitri tahun 2009..sekali lagi, kami dikejutkan dengan penyakit adik. Lukiemianya mula merebak ke tulang..dan perlu membuat pemindahan sumsum tulang. cuma bukan dalam keadaan sekarang sebab kesihatanya kurang memuaskan. kami adik beradik telah bersetuju untuk mendermakan sumsum tulang utk adik sekiranya bersesuai dengannya..dan kami perlu menjalani ujian pada 6/11/09 untuk mengetahui keputusannya.

malang sekali,belum sempat ujian dilakukan..adik dimasukkan ke hospital pada 31/10/2009 kerana kesihatannya kurang memuaskan. setelah diperiksa..tekanan darahnya rendah dan darah merah & putih perlu dimasukkan. 1/11/2009 adik dipindahkan ke wad ICU kerana sesak nafas. selepas melakukan xray dan scan didapati ada jangkitan kuman pada paru-paru dan jantungnya bengkak. kerisauan kami sedikit terubat bila dia dipindahkan semula ke wad p6..itu pun selepas seminggu di icu.

kesihatan adik beransur baik sehinggalah pada jumaat 13/11/2009 hidung adik berdarah. ini mungkin disebabkan oleh peklet rendah. sabtu 14/11/2009 adik sekali lagi mengalami pendarahan pada hidung. aku penik melihat keadaannya..hanya pada ayah aku mengadu tentang batuk dan hidung adik berdarah. Tanpa aku sedari..hari itu merupakan hari terakhir aku bercakap dengannya dan terakhir aku tidur disisinya.rasa menyesal kerana memarahinya pada malam jumaat tersebut.

ahad 15/11/2009 pada pukul 10 adik dipindahkan semula ke wad icu kerana tidak sedarkan diri. apa yang aku ketahui..malam minggu tersebut dia tak dapat tidur. nasib baik mak & ayah menemaninya sepanjang malam tersebut. jika tidak..bertambah kesal aku kerana ingin bawa mak pulang ke rumah. entahlah..kenapa aku terasa marah melihat perangai mengada-gada adik malam minggu tersebut. kini baru aku mengerti..mungkin dia ingin bersama mak dan ayah sebelum menghembuskan nafas.

petang ahad tersebut kami enam beradik disini melawat adik di hospital. keadaan adik makin kronik. denyutan nadinya makin lemah dan sistem penafannya mula dibantu oleh mesin. sayu hatiku saat terpandang wayar-wayar yang memenuhi badannya. aku hanya mampu membaca surah yassin. walaupun dalam hati..tak sanggup melihat keadaan sedemikian. apapun aku perlu tabah..kerna mak & ayah mungkin lebih terasa.namun ketabahan aku goyah..bila adik menghembuskan nafas terakhir diawal pagi 16/11/2009. pertama kali dalam hidupku melihat linangan air mata ayah...walaupun cuba disembunyikan daripada kami adik beradik. sayu dan pilu hatiku..melihatnya. aku hanya boleh berdoa moga roh adik dicucuri rahmat dari yang esa dan ditempatkan bersama-sama orang beriman. ku jua pohon dari yang esa..mudah-mudahan kami sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ini. Amim...


p/s//: jika anda mempunyai keluarga..tak kira keluarga angkat, mentua atau sebagainya. jagalah mereka dengan baik..senangkanlah hati mereka kerana tiada apa yang lebih penting selain kasih sayang. Dan sayangilah orang disekelilingi anda..nescaya anda akan terasa nikmatnya."walaupun kucuba hapus musim duka dan hiasinya dengan pelangi kebahagiaan...namun aku tak terdaya..kerna ia tetap hadir dalam kehidupan".

Khamis, 12 November 2009

KAU TETAP DIJIWA..

RENUNGAN MATAMU,
MENGUNDANG GETAR DIJIWA
PANAHAN MATAMU,
MENGUSIK JIWA...

JIWAKU TERANCAM..
DIBURU RASA HATI,
JIWAKU MERAGAM...
MELAWAN GELODAK DIHATI..

DIMANA HARUSKU MULAI...
JEJAK LANGKAH...YANG KIAN MENGHILANG
KUTAHU...RINDU SERING BERTANDANG DIHATI
BIARPUN TINGGAL BEBAYANG..

INGINKU IKUTI...JEJAK LANGKAHMU..
WALAU KEMANA KAU BERADA..
BIARPUN..KAU MENJAUHIKU
NAMUN..KAU TETAP DIJIWA..

Isnin, 26 Oktober 2009

TAK SEMUANYA INDAH...

baru kini aku sedari...
coretan kehidupan masih jauh..
banyak pekara perlu diterokai..
biarpun..ada ketika
diri lelah dengan mainan waktu..
terpaksa jua kugagahkan diri.
walaupun kaki keras dan kaku..
kutetap ingin mara kehadapan..
mengatur langkah..demi langkah
mengharungi setiap dugaan dan rintangan
biarpun tampak copang..

kuingin...teruskan jua.
biarpun..
berkali kurebah dan tersungkur..
menyembah bumi
kutetap ingin harungi
detik masa dan waktu
yang melewati..kehidupanku
kerna..hidup ini
tak semuanya indah...

Ahad, 25 Oktober 2009

disuatu ketika

di suatu ketika..
mentari kian melabuh tirai
awan gemawan berarak pergi
siang bertukar malam
dikaki langit..
terlakar sebuah penorama indah
beburung terbang pulang kesarang
sambil berkicau menyanyi riang
dan bayu bertiup lembut
pepohon nyuir melambai-lambai
melintuk-liuk kekanan..kekiri
mengikut rentak sang bayu
indahnya tika itu

di suatu ketika
lautan yang tenang....bergelora
badai kian menggila..merasuk ombak
berkali-kali menghempas pantai
ombak kian hilang arah..hilang pedoman
terus menerus memukul pantai
bila reda dari amukkan..
baru tersedar...
kenapa pantai begitu sabar??
tak pernah meninggalkannya keseorangan
tak pernah membalas..
walaupun sakit dipukul ombak
ia tetap setia..disisi
menemani hari-hari yang berlalu..

Rabu, 14 Oktober 2009

ANTARA CINTA DAN AIR MATA

antara cinta dan airmata
saling berkaitan antaranya
jadi sahabat paling setia
dan teman dikala duka....
menggambarkan satu rasa
biarpun ada perbezaannya..
semuanya kerana satu..
ialah perasaan...

antara cinta dan air mata
hakikatnya...
ada yang menagis gembira
ada jua yang berduka..
begitulah jua dengan cinta..
ada yang kecapi rasa bahagia
dan tak kurang jua..derita

antara cinta dan airmata
tak pernah kesepian
biarpun cinta bertukar ganti
dan airmata sering mengalir
sudah menjadi lumrah alam
kerna cinta itu indah...
tak tergambar nikmatnya..
tapi derita jua memeritkan..
kena sentiasa berwaspada..
jangan tabsub dengan cinta..
kelak kecewa..merana diri
dan air mata membasahi pipi...



Jumaat, 9 Oktober 2009

ADIK

DUHAI.... ADIKKU
DENGARLAH
RINTIHAN DAN LUAHAN RASA HATIKU
TABAHKANLAH HATIMU
DAN KUATKANLAH SEMANGATMU
DALAM MENGHARUNGI DUGAAN INI..
KU TAHU..
HATIMU MERINTIH SYAHDU
DAN JIWAMU BERLAGU SENDU..
SAAT KENSER MENYAPA DIRIMU
KUTAHU..PERASAAN DAN EMOSIMU
JUA SERING TERGANGGU....
SAAT MEMANDANG WAJAHMU
SAYU DAN PILU MENYAPA DIRI
AIR MATA SERING MEMBASAHI PIPIKU
BILA MENGGENANGKAN PENYAKITMU..
JIWAKU JUA MERINTIH SEDIH
TERLALU BESAR PENDERITAANMU

Khamis, 1 Oktober 2009

SALAM LEBARAN

assalammualaikum......
dah lama tak conteng kat sini.....sempena bulan syawal & masih dalam mood raya. Teh nak ucapkan Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin kepada kawan2 yg mengenali diri ini. Minta ampun dan maaf andaikata ada salah dan silap berlaku tanpa teh sedari.

Khamis, 27 Ogos 2009

RAMADDAN

SYUKURKU KEHADRATMU..YA ALLAH!
KERNA...MEMPERTEMUKAN KEMBALI
RAMADDHAN YANG MULIA INI
SESUNGGUHNYA...
KEMUNCULANNYA AMAT DI NANTI..
MUDAH-MUDAHAN..DIRI
SENTIASA DILIMPAHI RAHMATMU..

KU POHON PADAMU..YA ALLAH!
AGAR KEMUNCULAN RAMADDAN KALI INI
MEMBERI SINAR BARU DAN KEKUATAN
DALAM KU MENGHARUNGI DUGAANMU..
BERILAHKU KETABAHAN DAN KESABARAN..
DAN ENGKAU JAUHILAH DIRIKU
DARI DIBELENGGU KEKHILAFAN LALU..


P/S : sy ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada rakan2 yang mengikuti @ membaca blog sy ni... MUDAH2AN RAMADDAN KALI INI..TERUS DIHAYATI DAN DIJIWAI DALAM SANUBARI SERTA SENTIASA DILIMPAHI RAHMAT DARI YANG ESA...

Rabu, 19 Ogos 2009

hati dan jiwa...

disetiap kejadian itu
tersimpan seribu satu makna
tanpa kita sedari...
ada hikmah yg menyusurinya
kata orang...
pengalaman lalu mematangkan seseorang
mengajar erti kehidupan
biarpun sukar dilalui
namun..
ialah guru..ialah kunci
dalam mengharungi kehidupan

tapi..untuk bangkit
dari kesakitan dan kesengsaraan
yang kian bermaharajalela,
kian menapak dan berumah dihati
airmata seringkali membanjiri wajah
setia menemani diri..
yang tewas dan tersungkur
ke lembah derita..
kerna diri...seringkali
disapa dan dikunjungi
pengalaman dan sejarah hidup
hingga menghancurkan diri
lalu terbentuk dunia duka
hati dan jiwa ragaku..
berterusan meratapi derita...

pedih dan pilu kian terasa...
duhai hati..??
duhai jiwa..??
dengarlah...bisikanku ini!!!
sedarlah !!!
bangunlah!!!
usah di tangisi lagi!!!
lepaskan derita pergi...
bangkitlah....
dari khayalan mimpi..
jauhkanlah dirimu..
dari dunia yang sengsara..
izinkanlah...
hati dan jiwamu...
dirawat dan dibalut
rasa bahagia.

Khamis, 30 Julai 2009

RINTIHAN

dalam meniti kehidupan..
kadangkala membuatkan diri alpa..
leka dengan mainan duniawi
lalu hanyut ...
dilautan fantasi
memang indah..saat itu
terlalu sukar untuk digambarkan
tapi bila tersedar
dari mimpi yang panjang..
terasa terasing dan tersisih..
jiwa kosong..
dan hati merintih kesorangan..

sedih dan pilu silih berganti..
terlayar memori satu persatu
umpama skrin...terpapar diminda
memang indah..
saat itu...
hidup dikelilingi rasa bahagia..
tapi...rasa itu tiada lagi
ia semakin jauh dariku..
yang tinggal...hanyalah kenangan
jadi memori dalam hidupku

walaupun hati merintih..
jiwa berlagu sendu..
dan airmata membanjiri wajah..
menemani sekeping hati..
yang meratap kesedihan
biarpun luka tak kelihatan
namun..peritnya tetap terasa
bagaikan sembilu menyusuk kalbu

hati jua tertanya-tanya
dimana salah & silapnya..
apakah salahku & dosaku terhadapmu!!
hingga kau tergamak..
hadiahkanku sebuah penderitaan
dan bukannya pelangi kebahagian..

seperti kau janjikan..
YA ALLAH...!!!
adakah ini balasan atau dugaan

tapi..
jika inilah suratan dalam kehidupan
aku pasrah...

Khamis, 16 Julai 2009

KEHIDUPAN


hidup umpama roda
berputar tanpa mengira masa
kadangkala kita di atas
kadangkala kita dibawah
begitulah kitaran hidupan kita..

adakala hidup dihinggapi kebahagiaan
begitulah jua sebaliknya
kekecewaan sering bertandang dihati
namun begitu..
sudah menjadi lumrah dalam kehidupan....

sejak dahulu lagi
kehidupan sering dikelilingi pelbagai rasa
ada manis..ada pahit
tapi..itulah fitrah alam
dalam mengharungi arus kehidupan..

kehidupan..
sukar untuk dijelaskan
rintangan datang silih berganti
biarpun malam beransur siang
dugaan tetap menyapa diri

kitaran hidup
berputar umpama skrin
terlayar satu persatu
jadi memori dalam ingatan
walaupun ada pahitnya..
namun terselit jua kemanisan



Isnin, 6 Julai 2009

kecewa @ derita........

tika bersendirian..
kesunyian datang menyapa
dan jiwa dilanda kegersangan..
hilang ceria..timbul derita..

hanya terluah..
keluhan..demi keluhan
kenapa dan mengapa!!!
sering bermain diminda.

hati merintih sedih..
wajah dibanjiri tangisan
jiwa kontang nilai kasih
cinta musnah dijalanan..

ada ketika..
kenangan lalu terlayar diminda
indahnya alam cinta..
makan hati..dikala duka

terpancar kekesalan & kekecewaan
hati pula sering berkata..
inikah balasan atau dugaan??
mungkin suratan takdir dari yang Esa..

disebalik sesuatu yang berlaku
ada hikmah yang tersembunyi
biarpun pahit @ manis kenangan itu
ianya tetap terpatri dihati...

kenangan umpama chocholet
hadir dalam pelbagai perisa
adakala manis..adakala pahit
dalam kehidupan kita...


p/s: urm..sebenarnya tak tau nak letak tajuk ape utk puisi ni.

Rabu, 10 Jun 2009

BETUL KE..ORANG KATA,

betul ke...orang kata,
cinta itu indah..
tika ia muncul di hati,
manisnya umpama madu & gula...
tapi,
Kenapa..orang tak kata,
inilah padahnya bila bercinta...
kadang bahagia...kadang berduka,
dalam menempuh alam percintaan

betul ke..orang kata,
pelangi kebahagiaan akan muncul...
selepas..taufan melanda hati?
biarpun manik hujan..
sentiasa membasahi pipi...
tapi,
kenapa..orang tak kata,
berusahalah..mencari bahagia..
daripada meratapi duka,
kerna..bahagia tidak akan datang
kalau..tidak dicari...

betul ke..orang kata,
alam percintaan itu indah??
jiwa dihiasi bunga-bunga cinta..
senyuman seringkali terukir dibibir...
tapi,
kenapa...orang tak kata,
pedih dan pilu meracun hati..
bila cinta..
terkandas ditengah jalan..

betul ke..orang kata
hidup ini...penuh pancaroba??
kadang kita di atas..
kadang kita di bawah...
tapi,
kenapa..orang tak kata
dugaan itu..satu ujian,
jadikan ia sebagai pengajaran..
biarpun..pahit @pun manis
ia tetap menjadi kenangan..
dalam menongkah arus kehidupan...




Rabu, 22 April 2009

kenapa

kenapa..dalam mencari kebahagian...
kekecewaaan sering bertandang...
kenapa..bila kita menyayangi seseorang
hati kita sering dilukai
kenapa....mesti ada cinta..
jika derita yg melanda dihati..
kenapa..mesti kita yg terluka
andai si dia tak setia

kenapa..kita yg perlu berkorban
jika si dia tak menghargainya..
kenapa..gembira sukar dikecapi
andai diri ingin bahagia
kenapa..ini akhirnya
andai hati tak merelakannya

Khamis, 16 April 2009

CINTA ANTARA KITA

cinta antara kita
bukan kerna harta
tapi takdir yang menemukan kita
walau hanya sementara

kita hanya bisa bercinta
tapi bukan untuk selamanya
ku tahu kau miliknya
hingga akhirnya

ku doakan kau bahagia disisinya
insan pertama bertahta dihatimu
terimalah ia seadanya
kerna kutahu...
kau sayanginya
walaupun kau disisiku

mungkin cinta antara kita
hanyalah untuk seketika
seperti angin datang menyapa
datang dan pergi setiap masa

andai cintamu setulus hati
terimalah apa yang tersurat buat kita
mungkin jodoh kita sampai disini
dan bahagiamu ada bersamannya

cinta adalah satu anugerah
walau ia tidak dimiliki..tetapi dapat rasai
kerna cinta itu indah
tika hadir dalam hati...

Khamis, 9 April 2009

KESEMPURNAAN

bila melihat golongan ISTIMEWA timbul rasa simpati dan sayu. walaupun keadaan mereka serba kekurangan..tp tak mematahkan semangat mereka untuk berjaya. malahan mereka lebih berdikari dan berusaha. contohnya, pelajar ISTIMEWA(dari kota baharu, kelantan) yg cemerlang dalam stpm 2008 peringkat kebangsaan. kegigihan dan usahanya membuahkan hasil bila berjaya dalam STPM 2008. Tahniah diucapkan dan semoga cita2nya tercapai.(amin).

Tanpa kita sedari kadangkala kita lupa, golongan istimewa lebih baik drpd kita yg cukup sifat. walaupun keadaan fizikal serba kekurangan tapi sifat mereka lebih sempurna dan tulus. Mereka tidak bergantung pada org lain untuk berjaya dalam kehidupan, malahan lebih berusaha. sikap tabah dan sabar mereka amat mengagumkan. sedangkan kita yg cukup sifat pun masih bergantung harap pada keluarga dan org sekeliling. bayangkan jika kita ditempat mereka..adakah kita mampu hidup dalam serba kekurangan?? sedangkan berjalan dalam kegelapan malam pun, dah rasa spt hilang satu deria penglihatan. inikan pula mereka, golongan istimewa ygsentiasa hidup dalam serba kekurangan.
Melihat keadaan mereka, menimbulkan keinsafan dalam diri. Terasa diri terlalu kerdil drpd mereka golongan ISTIMEWA. Bersyukurlah jika dilahirkan dalam keadaan sempurna dan hargailah mereka golongan istemewa. Mereka juga seperti kita...Jangan menilai mereka dari mata kasar..tetapi selami hati mereka kerna sifat mereka lebih sempurna daripada kita.
Jika sempurna pada mata kasar sahaja..dihati tidak, tiada memberi apa2 erti. Tetapi hati yg TULUS dan IKHLAS itulah yg lebih sempurna. Renungilah maksud KESEMPURNAAN kerana ianya bukan terletak pada keadaan fizikal semata-mata. Walaupun ada perbezaan diantara kita dan golongan Istimewa.Hakikatnya kita tetap sama..menumpang dimuka bumi ALLAH.
"Nilailah diri sendiri sebelum membuat perbandingan kerna insan yg sempurna bukan hanya dari luaran tetapi dalaman yg merangkumi rohani dan jasmani."

Isnin, 30 Mac 2009

salam perkenalan

assalammualaikum...dan salam perkenalan kpd yg sudi singgah ke TAMAN IXORAUS2. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog sy. Sebenarnya teringin nak menulis cerita...tp takut tak jadi. Buat masa ni hanya terlintas nak karang puisi. Walaupun tak sehebat karyawan2 kita...sy hanya ingin mencuba. Harap ada yang sudi memberi pendapat,sokongan,kritikan dan ape2 je..untuk sy memperbaiki dan memajukan diri.



**********************************************

BONDA...
kasihmu selembut bayu berhembus
keikhlasan dan ketulusan terlayar diwajahmu
tanpa mengenal lelah..
kasih kau curahkan
untuk kami...permata hatimu.

BONDA...
kaulah maharani dan dewi hatiku
penyeri dalam kehidupan
tanpamu bonda...
hidup berteman sepi
hati dilanda kegersangan
kasih sayangmu..

BONDA..
budimu tak terhitung dek jari
dan jasamu tak terbalas..
kerna...
kau insan terISTIMEWA
ratu sanubariku.

bonda
kasihmu tiada tandingan
tika suka dan duka
kau sentiasa disisi
pendorong dan pencetus semangat
dalam mengharungi kehidupan

Khamis, 12 Mac 2009

LAUTAN...BERGELORA.

rindu yang bertandang tak terhenti...
seperti ombak dan pantai
sentiasa setia beriringan
walau ombak memukul pantai
dan pasir kian terhakis
namun kasih tetap utuh
mengharungi badai asmara.

kasih dan sayang sering dinanti
walaupun lautan jiwa nampak tenang
hakikatnya...bergelora
tersimpan pelbagai rahsia
yang tak tersingkap dan ketahui
melalui pandangan mata.

yang pasti...
cinta dipenuhi racun berbisa
boleh menjadi penawar di kala bahagia
dan racun pembunuh jiwa dikala kerinduan
cinta sesama manusia tidak berkekalan
kerna datang dan pergi silih berganti
tetapi cintakan ILAHI kekal abadi

bersyukurlah..jika bahagia bertandang
dan jangan ratapi rasa kecewa
tetapi...redhalah dengan ketentuan ILAHI
kerna disebalik rasa itu
terselit sejuta nikmat dan kemanisan
dalam menongkah arus kehidupan

Rabu, 4 Februari 2009

seindah cinta..

seindah cinta terukir...
sedingin embun dinihari...
sekilauan mutiara mengalir...
sejuta rasa mencengkam hati...

semekar cinta laila majnum,
setulus kasih romeo dan juliet...
sehitam kelam malam
seindah memori terpahat..

tika pintu hati dibuka...
tertutup pintu kebencian dihati...
kala cinta menjelma...
datang rindu menyapa diri...

santai..