antara cinta dan airmata
saling berkaitan antaranya
jadi sahabat paling setia
dan teman dikala duka....
menggambarkan satu rasa
biarpun ada perbezaannya..
semuanya kerana satu..
ialah perasaan...
antara cinta dan air mata
hakikatnya...
ada yang menagis gembira
ada jua yang berduka..
begitulah jua dengan cinta..
ada yang kecapi rasa bahagia
dan tak kurang jua..derita
antara cinta dan airmata
tak pernah kesepian
biarpun cinta bertukar ganti
dan airmata sering mengalir
sudah menjadi lumrah alam
kerna cinta itu indah...
tak tergambar nikmatnya..
tapi derita jua memeritkan..
kena sentiasa berwaspada..
jangan tabsub dengan cinta..
kelak kecewa..merana diri
dan air mata membasahi pipi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan