assalammualaikum...dan salam perkenalan kpd yg sudi singgah ke TAMAN IXORAUS2. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog sy. Sebenarnya teringin nak menulis cerita...tp takut tak jadi. Buat masa ni hanya terlintas nak karang puisi. Walaupun tak sehebat karyawan2 kita...sy hanya ingin mencuba. Harap ada yang sudi memberi pendapat,sokongan,kritikan dan ape2 je..untuk sy memperbaiki dan memajukan diri.
**********************************************
BONDA...
kasihmu selembut bayu berhembus
keikhlasan dan ketulusan terlayar diwajahmu
tanpa mengenal lelah..
kasih kau curahkan
untuk kami...permata hatimu.
BONDA...
kaulah maharani dan dewi hatiku
penyeri dalam kehidupan
tanpamu bonda...
hidup berteman sepi
hati dilanda kegersangan
kasih sayangmu..
BONDA..
budimu tak terhitung dek jari
dan jasamu tak terbalas..
kerna...
kau insan terISTIMEWA
ratu sanubariku.
bonda
kasihmu tiada tandingan
tika suka dan duka
kau sentiasa disisi
pendorong dan pencetus semangat
dalam mengharungi kehidupan
salam buat ixoraus1,
BalasPadamseandainya dalam hati wujud satu keinginan untuk terus mencuba, lakukanlah ia kerana hidup ini milik kita. selagi kita tidak mencuba, selagi itu kita tidak akan tahu samada kita akan gagal atau berjaya. Cuba dahulu dan kemudian lihatlah potensi yang ada pada diri. Sekiranya ada kekurangan, perbaikilah ia dan mantapkanlah ia dengan cara menimba ilmu dari yang lebih tahu.
apa pun, lea ucapkan semoga berjaya ye.
ikhlas;
~LeaQistina :D