Khamis, 9 April 2009

KESEMPURNAAN

bila melihat golongan ISTIMEWA timbul rasa simpati dan sayu. walaupun keadaan mereka serba kekurangan..tp tak mematahkan semangat mereka untuk berjaya. malahan mereka lebih berdikari dan berusaha. contohnya, pelajar ISTIMEWA(dari kota baharu, kelantan) yg cemerlang dalam stpm 2008 peringkat kebangsaan. kegigihan dan usahanya membuahkan hasil bila berjaya dalam STPM 2008. Tahniah diucapkan dan semoga cita2nya tercapai.(amin).

Tanpa kita sedari kadangkala kita lupa, golongan istimewa lebih baik drpd kita yg cukup sifat. walaupun keadaan fizikal serba kekurangan tapi sifat mereka lebih sempurna dan tulus. Mereka tidak bergantung pada org lain untuk berjaya dalam kehidupan, malahan lebih berusaha. sikap tabah dan sabar mereka amat mengagumkan. sedangkan kita yg cukup sifat pun masih bergantung harap pada keluarga dan org sekeliling. bayangkan jika kita ditempat mereka..adakah kita mampu hidup dalam serba kekurangan?? sedangkan berjalan dalam kegelapan malam pun, dah rasa spt hilang satu deria penglihatan. inikan pula mereka, golongan istimewa ygsentiasa hidup dalam serba kekurangan.
Melihat keadaan mereka, menimbulkan keinsafan dalam diri. Terasa diri terlalu kerdil drpd mereka golongan ISTIMEWA. Bersyukurlah jika dilahirkan dalam keadaan sempurna dan hargailah mereka golongan istemewa. Mereka juga seperti kita...Jangan menilai mereka dari mata kasar..tetapi selami hati mereka kerna sifat mereka lebih sempurna daripada kita.
Jika sempurna pada mata kasar sahaja..dihati tidak, tiada memberi apa2 erti. Tetapi hati yg TULUS dan IKHLAS itulah yg lebih sempurna. Renungilah maksud KESEMPURNAAN kerana ianya bukan terletak pada keadaan fizikal semata-mata. Walaupun ada perbezaan diantara kita dan golongan Istimewa.Hakikatnya kita tetap sama..menumpang dimuka bumi ALLAH.
"Nilailah diri sendiri sebelum membuat perbandingan kerna insan yg sempurna bukan hanya dari luaran tetapi dalaman yg merangkumi rohani dan jasmani."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

santai..